why???

tak paham…

colleagues aku cakap aku dah kurus.
students pun cakap aku dah kurus.
suar2 aku sume da longgar.
baju2 pun alhamdulillah dah tak sendat.

tapi…

APASAL BERAT AKU STILL 54KG??!!!!!

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Comments (7) »

Sloppy Joe

Image1000

bahan2:

1 tiub daging kisar
1/2 cawan carrot, potong dadu
1/2 cawan celery, potong dadu
1 cawan bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar sos worcestershire
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
lada sulah
thymes kering
mixed herbs/ oregano
minyak masak/ olive oil
3 biji tomato, potong dadu

cara2:

  1. panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar sampai layu. masukkan mixed herbs and thymes sket untuk bagi naik bau.
  2. masukkan tomato, tumis sampai air dia ala2 kering.
  3. masukkan daging kisar, celery, carrot. tuang sket air nak bagi daging tu masak.
  4. masukkan sos tomato, sos cili, sos worcestershire, garam, gula & lada sulah. kacau sehingga kering, tapi jangan kering sangat, bagi dia basah sket. baru best nak makan ngan roti burger or nak colet2 ngan roti biasa.

sloppy joe ni, kalo ikut resepi yang aku amik ni, rasa dia macam ala2 gravy coney dog a & w. sedappp…try la…hehehehe…

Comments (2) »

award n fakta

ahahah…adoii…selepas dua resipi aku pos kat sini, tetiba tadi teringat nak jengah kengkawan punye blog. dah lama tak tgk blog2 diorang. sure dah banyak updet. akunye gak yang duk takuk tu. tahniah ye ely. huhu.

pas satu2 blog aku jengah, aku singgah jap kat blog member aku yg now tgh bz wat phd dia kat liverpool. nama dia norul. kengkawan panggil dia yun. aku panggil dia norul. tah, sebal sket lidah aku ni tak reti2 nak panggil dia yun. ahah.

neway, mak aih…punye la lama dia pos entri. 17 july k. n baru aku terpasan dia ade tag aku utk describe pasal penerima award macam kat bawah ni. aaa teruknye aku hadoiyai…siap tulis cmni ek: ¬†“Alie member kamcing UTM jugak, sedang sibuk mengajar agaknya”. adeh deh…nampak sgt aku lama tak join klik aku time kat UTM ni. sori sori sori..im so sori…huhuhu…

neway (lagi!), ni la dia awardnye kat bawah nih. aku kena buat ape ek…jom nengok kat bawah gambo award nih.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie : (so mestila aku kena describe pasal norul kan)

Norul aka Yun ialah
1. seorang member lama masa UTM dulu
2. seorang yang bersuara besar, tapi aku ske suara dia tu
3. seorang yang pandai masak
4. seorang kawan yang sangat tinggi…daripada aku…tinggi tahap model ok..
5. seorang yang friendly

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

  1. saya kini berada di Klang dan bekerja di Shah Alam, Selangor
  2. saya ni ibu kepada Sofea Aufa & masih isteri kepada Mohd Fauzi
  3. saya suka makan
  4. saya macam norul jugak, suka masak n try resepi2 baru
  5. saya seorang yang sangat2 suka makan makanan bersambal, tak kisah lauk sambal ape pon
  6. saya seorang penjepun tegar…saya suke everything pasal jepun
  7. saya tengah dalam usaha nak mengabiskan master saya yang tak tau la boleh abis ke tak
  8. saya, suami n anak saya akan beraya di rumah sendiri buat pertama kali tahun ni. saje nak rasa pengalaman
  9. selain seorang penjepun tegar, saya juga penasi tegar ye…idup tak lengkap tanpa nasik
  10. saya budak comel…AHAHAHAHAH!!

okeh…aku kena pilih 10 org penerima award utk diorg sambung pulak fakta pasal diri diorg. huh susah nih…neway, nila dia mereka2 yg aku dah shortlist:

  1. kawan keje kat Kenwood dulu, si Qimy yg skang dah balik ke Malaysia kot. beb, entri ko kali ni biar dalam melayu plak k. huhuhu…
  2. kak zahira, senior masa kat sekolah menengah dulu. kak, tlg kak ek..heheheh..
  3. zulhilmi khatam, antara student yg baik ngan aku. pakcik, lenkali updet regularly. hehehe.
  4. ummi mukminat, students gak, skang tgh dlm rawatan kat spital. cpt2 sembuh yek. nti bleh raya sesama. n bleh buat entri ni. ngeh3.
  5. ajid alcapone. pun student gak. nampak macam brutal tp baik. tp entri2 kat blog dia blom tentu lagi baik. hahaha.
  6. k la senang citer student aku la lagi. hajaribrohim. budak baik.
  7. kawan hajaribrohim, muzamer. eh, awak nak ke join tulih entri2 camni ek.
  8. syafrina, budak comel yang well known as daisybee.
  9. fitri, ex-schoolmate masa kat tganu dulu.
  10. last but not least, pada pemberi award ni. sapo laie. ekau la norul. hik3.

Comments (1) »

simple cheesecake

Image0995

bahan2:

2 kotak cream cheese (philadeplhia cream cheese)
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula
3 biji telur gred A
2 cawan sour cream/ krim masam

cara2:

  1. pukul cream cheese sampai berkrim.
  2. masukkan telur satu persatu dan kacau sebati setiap kali telur dimasukkan.
  3. masukkan gula dan sour cream. kacau sehingga sebati.
  4. masukkan dalam bekas springform. letakkan dalam dulang yang berisi air.
  5. bakar pada suhu 325 F atau 160 C selama 45 hingga sejam.
  6. sejukkan di dalam oven selama setengah jam. alihkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Comments (6) »

Pie “Bantai”

ekceli hari selasa aritu buat pie untuk buka pose. ade lebih sket bawak la g opis. ade yang mintak resepi tapi tak tau nak bagi sukatan camne pasal aku main campak2 je. dats y aku panggil pie “bantai”. haha. oklah…seperti yg direquest, ni la dia bahan2 utk buat pie ni. bile dah buat nanti jgn lupe buh komen kat cni k. huhu.

gambar tak dapat nak display kat sini pasal resipi ni dipost selepas pienye abis dimakan. next time ye adik2.

PIE BANTAI

inti:

1 tiub daging/ayam kisar
capsicum (potong dadu – aku pakai tiga kaler merah hijau ngan kuning)
cendawan butang/ shitake (potong2)
serbuk kari
2 biji telur ayam
250ml susu (segar/ full cream – ikut suka)
garam
gula
2 gelas air
keju (cheddar/ mozarella – ikut suka)
serbuk thymes/ oregano/ mixed herbs (optional)
bawang putih & bawang besar (dicincang)
tomato (utk hiasan)

cara2:

  1. tumis bawang putih & bawang besar sehingga layu. masukkan daging kisar & goreng sampai kering air daging tu.
  2. masukkan serbuk kari dan air. tumis sampai daging jadi lembut n air jadi kering. halfway air tu kering, masukkan cendawan, serbuk thymes & capsicum,  gaul sampai inti jadi kering. tutup api & ketepikan.
  3. dalam bekas yang berlainan, bancuh telur & susu sehingga sebati.
  4. grease loyang dengan butter. tuangkan inti daging ke dalam & ratakan. tuang bancuhan susu & telur tadi sampai cover the whole inti.
  5. top with tomatoes and cheese (ewah…speaking london plaks).
  6. bakar ngan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit. tapi ikut kesesuaian la. yang penting bakar sampai pie tu masak.
  7. tunggu sejuk sket baru bleh potong.
  8. enak dimakan begitu sajer…hehehe…tapi kalo nak makan ngan sos n mayo pun voleyyyyy…

Leave a comment »

aku orang biasa jugek…

aku tgh buat bisnes besar2an dlm bilik air bile satu grup budak2 ni masuk untuk….
membeli ikan…
haha takde la…nak buat bisnes la jugak dalam tu.

aku masih lg dlm fasa “production” n aku sdiri xtau bile tempoh tamat fasa aku tu memandangkan items yg aku nak produce tu sangat susah utk dikuarkan. jadik aku berada dlm bilik tu dalam tempoh masa yang agak lama.

akhirnya aku menghampiri fasa post-production yang aku tunggu2 tu. haaa…lega sket. tapi tgh2 aku bersiap2 nak kuar dari bilik tu, aku sempat gak la menangkap sket conv students yg tgh tunggu giliran kat luar bilik production tu.

“dia yg kt dlam ni dah lama ke..” kata student A.
“entah…td masa aku masuk dia xkuar2 lagi…” student B balas.
“lama gile…org lain pun nak guna jugak…” aku dengar student A cakap.
“ntah…aku pon nak k**c*** gak ni. ingat dia sorg ke yg nk guna..” student B cakap balik.

aku pun pam n kuar dari bilik tu. nampak sorg budak pompuan muda tgk aku dgn pandangan tajam. n dia jeling aku. n dia masuk bilik tu. trime kasih ye, sebab berebut2 nak bau hasil production aku.

budak2 pompuan yang lain pun tgk aku jugak. muka masing2 xpuas ati. aku pon macam xpuas ati jugak. so aku pun buat sesi ice breaking.

“u all ni student baru ke?” diorg pandang aku n mengangguk.
“dari mana ek…diploma mana?”
“dari kolej ****. nape?” sorg tu menjawab.
“oooo…baru abis kelas?” diorg menggangguk lg.
“ni…lecturer ke?” salah sorg ty aku. aku angguk.
“yerp saya lecturer…nape?” tiba2 sumer kat situ berdiri tegak. mcm nk nyanyi lagu negaraku.
“hmmm…ta…takde pape..” n sumer diorg beralih pandangan. n masing2 pandang tmpt lain as if diorg xde ngumpat ape2 pon pasal aku. chilakos. oppss!!

so what? ingat korg je ke bleh guna bilik tu lama2?
org lain tak bleh?
korg ingat org lain ske2 ke nak duk dalam bilik 2 lama2?
n korg ingat lecturers tak masuk dalam bilik tu ke?

wei…
lecturers pun berak dalam toilet ok…

Comments (4) »

Hikayat Playboy Tua & Perempuan Gemuk

dia seorang lelaki playboy. dulu. sekarang pun mungkin kot. dulu, kalau takde awek bersusun2 belakang dia mmg tak sah. dengar cerita masa dia blaja kat U dulu dia ade stok awek kat SETIAP skul. wah…power sangat ke playboy nan sorang ni. sampai semua aweks tangkap leleh dengan dia. dekat skul sendiri pun mmg ade je awek yang suke dia. kalau nak kata muka hensem tu..agak la jugak. konon2 macam watak azroy dalam filem Gila-gila Remaja (ish..ye ke?). kenapa ramai sangat yang jatuh minat kat dia? dia ni rajin melayan, n ade habit yang ala2 suke take care kat orang, membuatkan ramai yang agak cair dengan habitnya itu. well, that’s one of the characteristic yang playboy ni (sekarang playboy tua) ade.

dia sorang perempuan. perempuan ni sangat gemuk. sekarang. dan…katik? hmm. no komen. huhuh. dulu, dia kurus. jadi dulu tak nampak katik. kot. anyway, perempuan ni ade sifat inferiority complex yang sangat dasyat. seumor idup dia, dia ingat takde orang yang akan minat dia. kenapa ye. hmm. dulu dia ade sejarah percintaan yang sangat kesian. masa dia belajar kat U dulu, dia penah minat 3 org jejaka yang sama kursus dengannya dulu. kite namakan dia J1, J2 n J3. dalam masa yang sama, perempuan ni ada grup member yang sangat happening. dulu. dia minat J1, kena rejek. minat J2, tapi J2 minat kawan dia sendiri. ok. frust di situ. minat J3, J3 pulak lari bile dapat tau org yang minat dia selama ni ialah perempuan tu. smpi perempuan tu sndiri pelik kenapa J3 nak lari pulak. lama2 perempuan tu rasa diri dia dah jadi macam UGLY BETTY. uik..dah ade ke cite ugly betty masa tu. so, idupla perempuan tu dengan rasa rendah dirinya. dah la dia sendiri pun rendah.

ok…oleh kerana watak2 dalam hikayat ni masing2 panjang namanya, sakit tangan nak taip, maka kite shortformkan playboy tua jadi PT dan perempuan gemuk kite panggil PG ye. orait…rite on to the story bebeh..

cerita ni bermula di satu tempat bernama S. masa tu PT still lagi playboy. PG pulak tengah tersuka satu jejaka ni tapi as she expected, jejaka ni merejek dia. bertambah rendahla level inferiority complex dia. dia rasa down. untuk jangkamasa yang lama. entah macam mana, dalam satu situasi yang tak terjangka, PG telah terbaik pulak dengan PT atas alasan kerja. sedar dengan status playboy PT, PG terus berhati2 dengan mamat ni. kebetulan pulak dua2 makhluk ni kongsi minat yang sama, jadi makin ngam la diorang sampai kawan2 PT mula menggosipkan PT ngan PG.

PG sebenarnya suka kawan ngan PT sebab PT ni kire baik la. dengar je ape masalah PG xkisahla dari masalah negara sampai ke personal. satu lagi PT mmg suka bagi respon tak kisah ape pun yang PG cakap. hmm bagus jugak PT ni. PT ni pun boleh tahan tere mem’bahan’ orang..jadi bile berborak tu PG la selalu kena ‘bahan’ ngan PT. dan selalu juga la PG mem’bahan’ PT. tak nak kalah punye pasal.

lama kelamaan, PG dapat detect sumthing. PG rasa virus suka PG dah melekat kat PT. tapi PG takut. PG takut kene rejek lg. dulu, masa PG minat org, PG mesti confess kat orang tu. dan setiap kali confess, PG kena rejek. kali ni PG fobia dah. so for the first time PG pendam rasa. setiap hari PG act macam biasa dengan PT tapi dalam hati Tuhan aje yang tau. dalam masa yang sama, PT pun sebenarnya ade minat sumbodi tapi dia xnak bgtau kat PG walaupun beribu kali PG jet2 dia. last2 PG dapat detect yang PT minat sumbodi yang PG kenal bernama MN. as expected, PG rasa ter’rejek’ secara otometik. PG kecewa sangat, tp ape nak buat. sapala PG. mana bole paksa orang nak suka PG kan.

satu malam yang hening, PG buat lagak ngeri. PG confess juga ape yang dia rasa selama ni kat PT walaupun PG dah tau ape keputusannye lepas tu. dalam sms PG bagi hint demi hint sampai la satu masa tu dia bagitau PT yang dia suka sangat kat PT. PG nebes ngan jawapan yang dia nak trime dari mamat 2. dia bajet mesti PT senyap atau bagi feedback yang negatif. truutt…berbunyi sms 1 minit selepas tu. dari PT. PT kata dia blushing xtau nak cakap ape. PG rasa tak sedap jadi PG cuba lencong terus ke topik lain, tapi xberjaya. dengan rasa merah ppnya PG jawab setiap soklan yang PT tanya. walaupun PG xdapat apa2 feedback tapi PG lega sebab PT terus je layan PG macam biasa. seronok sangat PG rasa masa tu.

hari2 lain diorang jumpa n sms macam biasa. tapi PG rasa tone sms PT kali ni agak lain. bahasa PT makin buat PG rasa close sangat ngan PT. tapi..eishhh..PT nak suka PG? mmg tak la kan. sapa la PG ni. dah la gemuk. katik pulak tu. pasrah je la dengan apa yang PG lalu ngan PT ni. oh ye, utk pengetahuan anda semua, PT masa tu dah final year. n oh..seplayboy2 dia, dia dah setia ngan sorang awek di kampungnye. PG? hmm..biarla rahsia..

makin lama PG ngan PT makin rapat sampai diorang tak sedar ramai dah perati and memperkatakan diorang. satu hari yang agak panas, PG ngan PT macam biasa borak2 kat IM. dalam pada diorang berborak tu, PT cakap satu benda yang PG tak bole lupa sampai bile2…
“u nak tau tak, actually, orang yang i idol lebey tu u la…”

PG rasa macam ade karan mencucuk2 otak dia sampai dia rasa blur. pastu jadi malu. pastu jadi HEPI sangat! PG xsangka PT pun rasa yang sama macam yang dia rasa. n untuk pengetahuan yang membaca, ini la kali pertama dalam hidup PG, org yang PG suka, suka kat PG balik. PG rasa bahagia betul…tapi dalam masa yang sama PG sedih sangat sebab xlama lepas tu PT akan tinggalkan PG dan xtau bile boleh jumpa lagi.

tapi PG cuba buangkan sedih tu, PG cuba isikan hari2 terakhir tu ngan PT sebaik mungkin. PG ngan PT dah xkisah dengan apa yang org kata pasal status diorang. selagi ade masa terluang, biar la diorang habiskan dengan apa2 yang nostalgic and sweet utk dikenang. pantang ade masa mesti PG nak join PT. tah ape2 tah PG. tapi PT rileks je. layan je PG. baik betul. bila siang, PG hepi je sebab dapat jumpa PT. tapi bile malam, PG tak boleh tahan diri dari nangis. dia nangis sebab dia baru je nak rasa apa yang dia nak rasa selama dia hidup kat dunia ni. wanting and being wanted. kenapa kejap sangat PG dibagi peluang macam ni? PG tanya. itu je yang PG duk pikir sampai terbawa2 ke tido dia.

kata omputih, panas xsampai ke petang. hari yang PG takut tu sampai jugak. pagi2 hari lagi PT dah berangkat tinggalkan PG. awal2 lagi PT dah pesan kat PG suh kuatkan semangat, xmo sedih. PT xnak PG nangis depan dia sebab PT kata nanti PT lagi sedih. so, pagi tu PG sedaya upayanya jadi orang paling hepi kat dalam dunia tapi dalam hati Tuhan aje yang tau macamana nak nangisnye PG. diorang borak2 secara selamba. PT sampai ke sudah xtunjuk langsung perasaan dia masa tu. PG nak sangat tau. PT betul2 ke sedih nak tinggalkan PG? ade juga hint dari mulut PT yang PG dengar tapi PG xnak perasan sorang2. kalau boleh PG nak tau betul2 apa yang PT rasa masa tu. tapi…sampai bas tu bergerak tinggalkan PG sorang2 kat situ pun PT xbagitau lgsung. apa yang PG dapat tangkap masa PT cakap ngan PG tadi ialah “menangis dalam hati”. ye ke PT…

sekarang tinggallah PG membattle perasaan sedih dia sorang2 sambil berdoa semoga rasa sedih ni cepat habis. walaupun teknologi dan line ENTERNET jadik penghubung, tp PG xrasa pun benda tu boleh evolve jadi PT kalau PG mintak. PG nak PT ade kat sini. boleh ke. tak mungkin kot. PG dapat rasa yang PT hepi kat kampung dia sebab life dia kat sana dah complete, dengan kuarge n org tersayang. walaupun dia sedih, tapi PG hepi n bersyukur sangat sebab dapat jumpa PT. PT dah bagi PG rasa ape yang dia nak rasa selama ni. dan last sekali PG macam berjanji dengan diri dia sendiri yang dia xkan minat mana2 jejaka lg dah. sebab dia dah dapat jawapan utk apa yang dia nak cari selama ni. poyo betul minah ni. tapi harap2 janji PG tu satu janji yang boleh pakai. PG harap diorang dapat borak n sms secara normal macam yang PT janji kat PG aritu. sebab PT pernah janji dengan PG yang PT takkan lupe PG sampai bile2.

oh…PG pernah bercerita di satu hari yang hening yang diorang akan berjumpa nanti masa PT nak graduate. dengan betting masing2. apa betting diorang? PG kena jadi kurus sehingga 47kg, PT pulak kena pastikan yang dia boleh konvo dengan rambut panjang yang dia nak sangat bela. hmm. menarik. sapa kalah kena denda. denda dia? kena announce kat idola masing2 yang dia suka sangat kat idolanya. PG hepi dengan betting ni. sebab dari betting ni dia dapat jumpa PT. PG harap diorang menten macam ni selama2nya. even PG n PT xdapat idup sama2. tapi PG puas ati PG sayang PT n PT sayang PG.

sekian…wasalam…

Comments (3) »