Pie “Bantai”

ekceli hari selasa aritu buat pie untuk buka pose. ade lebih sket bawak la g opis. ade yang mintak resepi tapi tak tau nak bagi sukatan camne pasal aku main campak2 je. dats y aku panggil pie “bantai”. haha. oklah…seperti yg direquest, ni la dia bahan2 utk buat pie ni. bile dah buat nanti jgn lupe buh komen kat cni k. huhu.

gambar tak dapat nak display kat sini pasal resipi ni dipost selepas pienye abis dimakan. next time ye adik2.

PIE BANTAI

inti:

1 tiub daging/ayam kisar
capsicum (potong dadu – aku pakai tiga kaler merah hijau ngan kuning)
cendawan butang/ shitake (potong2)
serbuk kari
2 biji telur ayam
250ml susu (segar/ full cream – ikut suka)
garam
gula
2 gelas air
keju (cheddar/ mozarella – ikut suka)
serbuk thymes/ oregano/ mixed herbs (optional)
bawang putih & bawang besar (dicincang)
tomato (utk hiasan)

cara2:

  1. tumis bawang putih & bawang besar sehingga layu. masukkan daging kisar & goreng sampai kering air daging tu.
  2. masukkan serbuk kari dan air. tumis sampai daging jadi lembut n air jadi kering. halfway air tu kering, masukkan cendawan, serbuk thymes & capsicum,  gaul sampai inti jadi kering. tutup api & ketepikan.
  3. dalam bekas yang berlainan, bancuh telur & susu sehingga sebati.
  4. grease loyang dengan butter. tuangkan inti daging ke dalam & ratakan. tuang bancuhan susu & telur tadi sampai cover the whole inti.
  5. top with tomatoes and cheese (ewah…speaking london plaks).
  6. bakar ngan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit. tapi ikut kesesuaian la. yang penting bakar sampai pie tu masak.
  7. tunggu sejuk sket baru bleh potong.
  8. enak dimakan begitu sajer…hehehe…tapi kalo nak makan ngan sos n mayo pun voleyyyyy…

Say your words